click to create your own

Sunday, November 27, 2011

~1 mUhaRam~

1 muharam detik permulaan (sambil bernasyid tangan digenggam kat depan)…salam tahun baru sume. Alhamdulillah masih diberi kesempatan bernafas n jantung sy masih berdegup dap dip dup lagi. Bile masuk tahun baru msti nak heret sekali bertan-tan azam baru n bersame azam lame yang masih brog powerd dari tahun lepas..hehe…

Di antara calon-calon nya adalah:-
-Mahu menjadi lebih baik bersamaan maksud dgn meninggalkan yang jahat jauh2 tanpa meninggalkan jejak tapak tangan supaya tidak boleh dikesan n di amalkan lagi…
-Mahu bekerja lebih rajin dan lebih ikhlas(sekarang pun dah agak ikhlas diiringi sungutan-sungutan manja selalu..=p). Berharap jgak untuk dapat bonus tahunan dgn helaian-helaian kertas biru, kelabu dan sebagainya yang tak muat lam purse sehingga perlu dibelanjakan sesuka hati disimpan dalam tabung masa depan. Disamping kenaikan gaji yang mendadak seiring dengan kenaikan harga cekedis barang sekarang ni. * Bos sila lebih baik hati yep..yesss! saya bodek okey..
-Mahu lebih serius memikirkan tentang lelaki taruhan mase depan...(akibat tidak tahan dengan soklan “bile” setiap kali bertemu orang-orang…senyum guling 3x jika org xpernah tanya)
-Mahu kuruskan badan biar jadi cekeding nampak tulang gitar….serius rase badan berisi compare dgn zaman-zaman kegemilangan dulu. Oh! Nafsu makan…sgt jeles bila tgk orang-orang kurus dan tinggi lampai. Saya pun nk kurus cmtu dengan harapan akan otometik jd tinggi lampai cenggitu…oh!mustahil.
-Samsung galaxy S 11…..oh! its owesome!!! Sgt lah mahu walaupun ianya bukanlah keperluan asas yang membolehkan sy meneruskan hidup seribu tahun bila memiliki ia…oh! Duit 200 riyal bilalah ko nak bertukar jd 2000 riyal???
*doakan sume khayalan sy jadi kenyataan yep!!!

No comments:

Post a Comment