Assalamualaikum….
Ramadhan
2014 is loading……
Tekad
saya sempena Ramadhan yang bakal datang melawat kita beberapa hari je lagi ni
adalah untuk memperbaiki diri. (sempatkah daku???? Ya Allah…).
Sungguh-sungguh
saya mahu tanam sifat SABAR dalam diri kendiri. Sesungguhnya daku ini memang
cepat MARAH. Negatif sungguh!!. Orang Terengganu kata “bekeng”..kiki…” bekeng
Kak Na tu…takut saya nak Tanya…bla..bla…bla…”. kata mereka-mereka kepada saya.
Bekeng
ker??Kompius mak. Aduhai….Tapi memang tak dinafikan saya cepat rasa marah bila
tak puas hati jantung akan sesuatu.
Jom
sama-sama belajar dan praktikkan cara-cara untuk melenyapkan rasa marah ni. Bulan Ramadhan ni bulan Mulia dan sangat bagus untuk mendidik jiwa untuk SABAR dan TAK CEPAT MARAH~
“Marah
adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh
itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
-Imam
Syafie-
Antara
langkah-langkah yang perlu kita hadapi bagi menghilangkan rasa marah adalah :
1. BACK TO THE BASIC
Ingat
Allah. Malulah dengan Allah tentang segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap
biadab kita. Apabila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia
yang hina dan apabila marah sedang memuncak, ambil wuduk kerana wuduk dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
2. BERDIAM DIRI DAN BERTENANG
Beri ruang kepada diri sendiri. Banyakkan
berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada
sifat marah. Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat
membantu menenangkan diri anda.Pujuk diri sendiri dan secara perlahan-lahan
ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali
sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang
dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.
3. SUSUN
SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah
selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan
ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali
marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti
katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya
faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan
gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa
marah anda.
4.
SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila
ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah
anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya,
selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri
jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.
5.
KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan
cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi
perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan
buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa.
Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.
6. BERTUKAR
ANGIN
Bertukar angin bukan bertukar udara ye…=p. Kadangkala
suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan
tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah.
Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong
untuk memperbaharui MOOD.
7.
MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan
emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara
yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan
masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan
perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti
kaunselor.
8.
BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan
anda sedang berada di sebuah pulau percutian (Pulau Perhentian idamanku)bersama insan tersayang. Jika
keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang
membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan
mengurangkan rasa marah anda.
9.
MENGUCAPKAN TA’AWUZ
Iaitu membaca : "A'uzu billahi
minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk
hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari
kejahatannya.
10.
LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri,
berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn
melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang)
sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an-nar) dan
sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka
ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud.
SEDIKIT PERINGATAN KEPADA DIRI HAMBA YANG KERDIL INI
DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA…..
Sayyidatina Aisyah menceritakan;
"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ
Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.
(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari Syaitan)
OPPssssss......=p
~orang marah cepat STRESS kan???
ini supplemen boleh mengurangkan stress tau.
Meh cuba nak??
#saya pengedar sah Shaklee....tak "bekeng pun"..hihi
juliana
019.6081224
~terima kasih sudi baca....
No comments:
Post a Comment