click to create your own

Wednesday, June 25, 2014

~TIPS DAN RAHSIA MILKBOOSTER~

Assalamualaikum…

Di sini ada beberapa tips untuk dikongsi bagi banyakkan susu bagi ibu-ibu sekalian terutama ibu bekerjaya.

Sebenarnya saya risau juga bulan Ramadhan ni tetiba je susu tak de atau susu sikit aje. Kesian kat anak takkan baby pun nak puasa jugak..ye dak?? So, jom kita baca sat tips-tips dan rahsia-rahsia “milk booster” ni

Rahsia dan Tips #1

Pastikan pengambilan makanan waktu utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan oleh ibu untuk menghasilkan susu. Ada ibu-ibu yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana risau gemuk, maka golongan ini akan kurang makan atau makan CIPUT-CIPUT je. Mereka yang mengambil makanan harian tanpa mengambil kira zat yang diambil, kemudian mereka mula sebok-sebok bertanya kat fb, Mengapa berat badan anak saya tidak naik ya?? Padahal puncanya dari diri sendiri…jadi tak boleh la nak heran sangat.

Contoh makanan yang boleh menyumbang kepada milkbooster ni seperti:  
-Sup Lobak Putih - Milk Booster mudah dan sedap (so, da takde alasan tak sempat nak       masak ye..sebab sangat simple)
- sup ayam yang ada herba-herba, rempah ratus di dalam nya
-Ulam ulaman seperti si jantung hati pisang dan pegaga (oh! Jantung pisang kegemaranku.     Cicah dengan si budu…memang bertambah-tambah nasi tau…oppSSSS)
-Kurma (Jadikan kurma sebagai stok kecemasan anda)

Rahsia dan Tips #2

Banyakkan minum air terutama air masak. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air sangat penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan. Maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti.

Ho-ho-ho Horlicks! Yes, setelah dicuba-cuba, Horlicks panas adalah milk booster yang lebih cepat berbanding air milo. Kalau dapat, minum untuk sarapan. Kalau tak sempat minum horlicks panas semasa makan tengahari atau waktu petang pun boleh juga.

Rahsia dan Tips#3 

Pengambilan supplemen atau makanan tambahan sangat penting. Ya, sangat PENTING!

Mengapa?

Kerana ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen membantu metabolisma badan yang seimbang.

Meh cuba yang ni…Kompem jatuh cinta nanti!

SET BAJET MENYUSU SHAKLEE
Set ini terdiri dari ostematrix, Alfalfa dan lecithin. Perlu makan ketiga-tiga ini? Tak dapat makan ketiga-tiga, utamakan ostematrix mahupun Alfalfa. Kenapa?

Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan

Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.

Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.

Jadi, supplement ini, telan saja! Semudah A B C , ye dak??

SELAIN ITU,

Saya juga mengambil suplimen B Complex DAN Omega Guard Shaklee nih.

Pengambilan B complex membantu sistem tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan lebih mudah terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang berbanding runsing dan keletihan. B complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ia sangat penting untuk memastikan seseorang itu tidak gemuk dan tidak menghidap penyakit kencing manis.

Pengambilan Omega Guard pula membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan mudarat. Ia membantu memecahkan lemak dalam tubuh dan sekaligus membantu membekalkan DHA dalam susu ibu.

Opssss….ESP tidak kulupa.hihi

Resepi minuman dengan ESP ni memang menjadi milk booster terbaik dan sedap bagi saya. Minum sejuk-sejuk, anda akan rasa kenikmatannya! Dah cuba resepi ESP ini? Campurkan sekali kurma yang direndam lama di dalam susu segar/ low fat milk/ dutchlady strawbery dan blend semuanya.. malas nak blend sebab tak cukup masa? boleh saja.. kadang-kadang nak jimat masa, saya minum aje tanpa blend kurma tadi. Badam pula tumbuk atau tabur dengan badam masakan yg dipotong kecil-kecil pun boleh. ikut kreativiti sendiri :)

Tak sempat nak minum air ESP kosong pun sedap! Cuma shake dan campurkan air, terus minum! Cukup MUDAH.

Rahsia dan Tips #4

Makan dengan gembira. Pernah dengar situasi seperti ini
“Bila saya minum ESP, saya merasakan payudara saya bengkak dan hasil perahan lebih banyak. Seronoknya! Saya yakin dengan minum ESP setiap hari susu saya akan bertambah banyak. ” Maka ibu ini pun kongsikan tips ini dan ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum terus mencari ESP dengan kadar segera. Namun pastinya ada yang merasakan ada perubahan, namun ada juga ibu-ibu yang tidak merasakan perubahan.

Mengapa? Kenapa?

Hakikatnya ibu tersebut mendapat hasil yang lumayan kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan sangat gembira. Apabila kita makan dengan rasa gembira, maka badan kita akan menghasilkan hormon yang memberikan ketenangan dalam tubuh kita seterusnya melonjakkan penghasilan susu dengan lebih baik.

Rahsia dan Tips #5

Kerap pam susu secara konsisten. Ada ibu yang bila lihat susu sedikit mula culas dan malas untuk pam susu dan mengharapkan susu tersebut menjadi banyak. Mengharap sahaja tak boleh ibu-ibu sekalian. Ada ibu yang mula berhenti pam kerana susu keluar hanya 1-2 titik sahaja. 

Apabila kita teruskan pam dengan konsisten, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan, maka lama-kelamaan badan akan menghasilkan susu lebih banyak. Berbanding dengan mereka yang terus berhenti pam, badan akan menerima signal bahawa susu tidak diperlukan lagi. Maka walau sebanyak mana pun milk booster yang diambil, susu tetap tidak kembali banyak.

Rahsia dan Tips #6

Kerapkan direct feeding. Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Si anak pun lebih rapat dengan kita tau.
***********

Ini, antara amalan saya, dan saya seorang ibu bekerjaya, yang nyata, sangat sibuk kan? Lagi perlukan masa yang berkualiti untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang dirancang. Saya amalkan tips-tips di atas sehingga sekarang, alhamdulillah berkesan.

Maka dapat saya simpulkan bahawa pemakanan sangat penting dalam memperbanyakkan susu. Ada ibu yang mengadu dah ambil semua supplemen yang dicadangkan, namun hasil tetap kurang. Bila ditanya pemakanan tengah hari, dijawab saya memang tak makan tengah hari sebab diet.Oh! no..no..Tak boleh cenggitu sayang-sayang semua.

Makanlah dengan penuh gembira tetapi berpada-pada dan jangan lupa untuk pam juga ya. Ada juga ibu bila ditanya jadual pam, menjawab saya tak pam sebab takde susu. tunggu bengkak baru saya pam. Aduhai ibu- ibu sayang, bagaimana otak nak memberi arahan pada badan untuk menghasilkan susu kalau tiada permintaan?

Hakikatnya, supplemen sekadar membantu melengkapkan zat-zat yang kurang dalam badan dan memastikan susu ibu berkualiti serta membantu membakar lemak-lemak tepu dalam badan. Saya yakin ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplemen akan mendapati tubuh mereka lebih mudah kembali ke bentuk asal, bertenaga, lebih cergas serta mendapat kulit yang cantik dan ibu-ibu pun lebih gojezzz.

Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, DISIPLIN itu penting!
Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang?

#untuk anak mama….mama cuba yang terbaik

#pengedar sah Shaklee
019.6081224
Juliana


No comments:

Post a Comment