Assalamualaikum….
Hari ini saya
gigih nak buat entry pasal ROKOK ni…sedih bila tengok orang-orang disekeliling
saya dengan bangganya menyedut dan menghembus asap rokok. Tidak kah terfikir
oleh mereka perbuatan itu ibarat menggulung si duit dan membakarnya hidup-hidup
dengan perasaan bangga sambil dalam hati berkata “ bertapa mewah dan kaya
rayanya aku “.
Saya seorang ibu bekerjaya ni terasa betapa susahnya nak mencari
rezeki dan betapa sayangnya tengok si duit itu dibakar hidup-hidup…. T_T
Ramai
beralasan niat nak berhenti tu ada tapi tak mudah bagi mereka….tak cukup dengan
sekadar berniat sahaja sayang-sayang semua, perlu ada usaha dan kesungguhan juga.
Perlu cuba …cuba…. Dan cuba lagi.
Meh nak
kongsi tips dan cara terbaik berhenti merokok ni.
1. Niat
Bagi seseorang yang sudah ketagihan
rokok (ibarat rokok adalah teman baik mereka), berhenti merokok memang akan
terasa sangat susah. Tiada apa yang mustahil, kuatkan niat dalam diri “saya nak
BERHENTI MEROKOK”. Kalau perlu tampal dalam bilik tidur, depan cermin muka, di
dahi …it’s ok tampal aje. Biar kita baca, tengok tiap-tiap hari niat kita tu.
2. Mohon bantuan kawan dan keluarga
Bagitahu kawan baik, kawan kurang baik anda,
keluarga semua keinginan dan niat murni anda nak berhenti merokok itu. Mintak
dorang tarik telinga anda jika tangan anda laju-laju capai rokok. Kawan-kawan
atau ahli keluarga pulak janganlah duk sebok-sebok hisap rokok depan
mereka-mereka yang dalam proses nak berhenti ni. Dorongan daripada mereka
sangatlah perlu untuk memberi semangat kepada mereka untuk berhenti dengan
kadar segera oke.
3. Tetapkan target waktu anda
Jika anda sudah memutuskan untuk
berhenti merokok, pastikan target waktu untuk betul-betul berhenti merokok. Mana
mungkinkan dapat berhenti otomatik dalam masa 24jam. Caranya adalah dengan mula
mengurangkan sedikit demi sedikit tapi dengan syarat dapat mencapai target masa
yang telah anda tetapkan.
3. Cari kesibukan/Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang'
lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat
apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba
rasa nak merokok. Buat-buat sibuk selalu....supaya xsempat pun nak hisap rokok tu.
4. Hindari tempat yang ada asap rokok
Menghindari tempat yang "bebas asap
rokok" memang sangat sulit dilakukan saat ini, namun anda boleh melakukannya
dengan memilih tempat yang bebas asap rokok seperti perpustakaan (kalau anda student), atau hospital (tapi takkan nak g melawat hospital hari-hari kan). Dan jika anda sedang bersama kawan-kawan anda, ajak mereka ketempat
yang no smoking area.
5. Mengganti rokok (nikotin) dengan mengunyah yang
lain
Biasanya orang-orang akan merokok
dipagi hari ditemani dengan segelas kopi, nescafe dan sebagainya. Selain itu orang-orang juga biasa merokok
setelah selesai makan. Jika rasa nak merokok tu, cepat-cepat kunyah. Kunyah ape ye???Kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kunyahan
yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.
6. Tetap Berfikir Positif
Jika anda berniat untuk
berhenti merokok,
maka jangan anggap itu sebagai pengorbanan. anggaplah hal tersebut sebagai
langkah untuk meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat. Stress
adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi
seorang yang lebih cool dan berfikiran positif. Dan lebih bijak dalam berdepan
dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik
deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar).
Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan korang rasa sejuk.
7. Bersenam
Ya cara berhenti merokok nie
sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman
setiap hari. Lakukan senaman ringan seperti push
up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah
Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.
8. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok
Buat senarai atau sebutkan
kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri
makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah
berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja
yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.
Masih ramai yang sayangkan kamu.
Takkan sanggup mati awal, tinggalkan isteri dan anak. Taklah sanggup menderita
kanser yang kejam memakan diri. Dan takkanlah takde sekelumit pun rasa bersalah
waktu rokok disedut.
Ya berhenti merokok bukan mudah. Berazamlah. Berusalah. Cuba untuk
berhenti.
Nota: Macam mana Vivix boleh buat
perokok kalah untuk merokok? Ini kerana Vivix akan memulihkan DNA dengan cara
membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan
sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. Vivix Shaklee BUKAN terapi
pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin.
Sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan
meningkatkan pretasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix
akan menyebabkan sel-sel menjadi aktif menghasilkan tenaga. Jantung dapat
berfungsi dengan baik.
Macam-macam cara untuk berhenti
merokok. Cubalah wahai perokok semua. Takkan sanggup hantar isteri dan
anak-anak ke 'rumah mayat' akibat rokok. Atau menghantar diri sendiri ke lubang
kubur kerana merokok.
Biar apa pun caranya, cubalah
berhenti. Usah menyesal di kemudian hari. Takde satu kebaikan pun yang korang
dapat dari merokok. I bet you already know it. Love yourself, love your family.
Then, quit your smoking habit.
p/s: smoking is like put the pistol on your head
nak cuba vivix Shaklee???
019.6081224
Juliana
#terima kasih sudi baca =)
betul susah sekali berhenti merokok
ReplyDeletebasmi racun rokok dengan cordyceps
ReplyDeletehttp://basmikanker-rokok.blogspot.com/
semoga bermanfaat dan berhasil
ReplyDeleteobat herbal anemia
ditunggu artikel selanjutnya
ReplyDeleteobat herbal fistula ani