click to create your own

Wednesday, July 2, 2014

KEGEMARAN KAMI~PERFORMANCE DRINK

Assalamualaikum….

Hari ni nak share salah satu minuman kegemaran En. Abang sejak kebelakangan ini…

Apakah??

Sudah tentu si oren menawan kalbu...Performance Drink Shaklee… Bulan puasa ni best tau minum Performance Drink ni. Rasa oren yang sanagt enak. Petang-petang sebelom berbuka tu dah siap bancuh awal-awal dan simpan dalam petiais…Sejuk anak tekak!

Kalau tak puasa pun, En. Abang memang dah selalu minum Performance Drink ni. Dia memang kuat main bola sepak (kekadang saya yang tension sebab selalu kena tinggal….wuuhuuuu) jadi, Performance Drink ni memang sesuai untuk dia sebab Performance Drink ni merupakan minuman isotonic. Jadi saya akan bancuhkan Performance Drink ni bagi menggantikam minuman isotonic jenama lain.



Jika anda adalah peminum tegar minuman isotonik, Performance Drink adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!

Sangatlah TIDAK rugi jika anda membeli Performance Drink ni sebab ianya diperlukan oleh setiap ahli keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda yang riang dan aktif dan comel pun boleh minum sekali!

Jom study kejap sape yang sesuai minum PD nih.....tarik nafas dan hembus jap....n sambung baca oke.

Golongan yang sesuai dan memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:

-Para ibu yang menyusukan anak (breastfeeding mother).
-Mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan aktif bersukan.
-Mereka yang berpuasa. Sesuai untuk sahur dan berbuka.
-Para pesakit yang menghidap gout.
-Mereka yang kurang minum air dan dehidrasi.
-Jika anda sering diserang sakit kepala atau migrain.
-Anak-anak yang demam.
-Mereka yang terasa nak diserang demam atau sedang demam.
-Sebagai pengganti kepada minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
Mengapa anda perlu berkata YA kepada Performance Drink Shaklee nih?

-Bebas gas atau tidak berkarbonat.
-Kurang  kandungan gula (less sugar).
-Performance Drink mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar  penyerapan cecair (elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG HAUS!
-Bersifat isotonik iaitu minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama -  dengan darah kita. Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar  gula di dalam darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT! 
-Membantu memberi tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya  ketahanan otot.

Kesimpulannya, Performance Drink adalah salah satu produk kegemaran dan kesukaan En. Abang saya yang aktif bermain bola sepak dan juga untuk saya yang masih menyusu anak tersayang si bambam Aisy Mikail. Saya dah merasai keenakan dan khasiat Performance Drink ni, jadi sangatlah gembira untuk berkongsi pengalaman ni dengan semua orang sekalian.

Apalah sangatkan memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga kita yang dah sedia aktif untuk terus kekal aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka berbanding minuman isotonik yang lain di pasaran.

Keluarga aktif, keluarga sihat, keluarga bahagia….=)

019.6081224
juliana
#Pengedar sah Shaklee yang aktif.

~terima kasih sudi baca =)


Wednesday, June 25, 2014

~TIPS DAN RAHSIA MILKBOOSTER~

Assalamualaikum…

Di sini ada beberapa tips untuk dikongsi bagi banyakkan susu bagi ibu-ibu sekalian terutama ibu bekerjaya.

Sebenarnya saya risau juga bulan Ramadhan ni tetiba je susu tak de atau susu sikit aje. Kesian kat anak takkan baby pun nak puasa jugak..ye dak?? So, jom kita baca sat tips-tips dan rahsia-rahsia “milk booster” ni

Rahsia dan Tips #1

Pastikan pengambilan makanan waktu utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan oleh ibu untuk menghasilkan susu. Ada ibu-ibu yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana risau gemuk, maka golongan ini akan kurang makan atau makan CIPUT-CIPUT je. Mereka yang mengambil makanan harian tanpa mengambil kira zat yang diambil, kemudian mereka mula sebok-sebok bertanya kat fb, Mengapa berat badan anak saya tidak naik ya?? Padahal puncanya dari diri sendiri…jadi tak boleh la nak heran sangat.

Contoh makanan yang boleh menyumbang kepada milkbooster ni seperti:  
-Sup Lobak Putih - Milk Booster mudah dan sedap (so, da takde alasan tak sempat nak       masak ye..sebab sangat simple)
- sup ayam yang ada herba-herba, rempah ratus di dalam nya
-Ulam ulaman seperti si jantung hati pisang dan pegaga (oh! Jantung pisang kegemaranku.     Cicah dengan si budu…memang bertambah-tambah nasi tau…oppSSSS)
-Kurma (Jadikan kurma sebagai stok kecemasan anda)

Rahsia dan Tips #2

Banyakkan minum air terutama air masak. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air sangat penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan. Maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti.

Ho-ho-ho Horlicks! Yes, setelah dicuba-cuba, Horlicks panas adalah milk booster yang lebih cepat berbanding air milo. Kalau dapat, minum untuk sarapan. Kalau tak sempat minum horlicks panas semasa makan tengahari atau waktu petang pun boleh juga.

Rahsia dan Tips#3 

Pengambilan supplemen atau makanan tambahan sangat penting. Ya, sangat PENTING!

Mengapa?

Kerana ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen membantu metabolisma badan yang seimbang.

Meh cuba yang ni…Kompem jatuh cinta nanti!

SET BAJET MENYUSU SHAKLEE
Set ini terdiri dari ostematrix, Alfalfa dan lecithin. Perlu makan ketiga-tiga ini? Tak dapat makan ketiga-tiga, utamakan ostematrix mahupun Alfalfa. Kenapa?

Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan

Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.

Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.

Jadi, supplement ini, telan saja! Semudah A B C , ye dak??

SELAIN ITU,

Saya juga mengambil suplimen B Complex DAN Omega Guard Shaklee nih.

Pengambilan B complex membantu sistem tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan lebih mudah terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang berbanding runsing dan keletihan. B complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ia sangat penting untuk memastikan seseorang itu tidak gemuk dan tidak menghidap penyakit kencing manis.

Pengambilan Omega Guard pula membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan mudarat. Ia membantu memecahkan lemak dalam tubuh dan sekaligus membantu membekalkan DHA dalam susu ibu.

Opssss….ESP tidak kulupa.hihi

Resepi minuman dengan ESP ni memang menjadi milk booster terbaik dan sedap bagi saya. Minum sejuk-sejuk, anda akan rasa kenikmatannya! Dah cuba resepi ESP ini? Campurkan sekali kurma yang direndam lama di dalam susu segar/ low fat milk/ dutchlady strawbery dan blend semuanya.. malas nak blend sebab tak cukup masa? boleh saja.. kadang-kadang nak jimat masa, saya minum aje tanpa blend kurma tadi. Badam pula tumbuk atau tabur dengan badam masakan yg dipotong kecil-kecil pun boleh. ikut kreativiti sendiri :)

Tak sempat nak minum air ESP kosong pun sedap! Cuma shake dan campurkan air, terus minum! Cukup MUDAH.

Rahsia dan Tips #4

Makan dengan gembira. Pernah dengar situasi seperti ini
“Bila saya minum ESP, saya merasakan payudara saya bengkak dan hasil perahan lebih banyak. Seronoknya! Saya yakin dengan minum ESP setiap hari susu saya akan bertambah banyak. ” Maka ibu ini pun kongsikan tips ini dan ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum terus mencari ESP dengan kadar segera. Namun pastinya ada yang merasakan ada perubahan, namun ada juga ibu-ibu yang tidak merasakan perubahan.

Mengapa? Kenapa?

Hakikatnya ibu tersebut mendapat hasil yang lumayan kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan sangat gembira. Apabila kita makan dengan rasa gembira, maka badan kita akan menghasilkan hormon yang memberikan ketenangan dalam tubuh kita seterusnya melonjakkan penghasilan susu dengan lebih baik.

Rahsia dan Tips #5

Kerap pam susu secara konsisten. Ada ibu yang bila lihat susu sedikit mula culas dan malas untuk pam susu dan mengharapkan susu tersebut menjadi banyak. Mengharap sahaja tak boleh ibu-ibu sekalian. Ada ibu yang mula berhenti pam kerana susu keluar hanya 1-2 titik sahaja. 

Apabila kita teruskan pam dengan konsisten, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan, maka lama-kelamaan badan akan menghasilkan susu lebih banyak. Berbanding dengan mereka yang terus berhenti pam, badan akan menerima signal bahawa susu tidak diperlukan lagi. Maka walau sebanyak mana pun milk booster yang diambil, susu tetap tidak kembali banyak.

Rahsia dan Tips #6

Kerapkan direct feeding. Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Si anak pun lebih rapat dengan kita tau.
***********

Ini, antara amalan saya, dan saya seorang ibu bekerjaya, yang nyata, sangat sibuk kan? Lagi perlukan masa yang berkualiti untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang dirancang. Saya amalkan tips-tips di atas sehingga sekarang, alhamdulillah berkesan.

Maka dapat saya simpulkan bahawa pemakanan sangat penting dalam memperbanyakkan susu. Ada ibu yang mengadu dah ambil semua supplemen yang dicadangkan, namun hasil tetap kurang. Bila ditanya pemakanan tengah hari, dijawab saya memang tak makan tengah hari sebab diet.Oh! no..no..Tak boleh cenggitu sayang-sayang semua.

Makanlah dengan penuh gembira tetapi berpada-pada dan jangan lupa untuk pam juga ya. Ada juga ibu bila ditanya jadual pam, menjawab saya tak pam sebab takde susu. tunggu bengkak baru saya pam. Aduhai ibu- ibu sayang, bagaimana otak nak memberi arahan pada badan untuk menghasilkan susu kalau tiada permintaan?

Hakikatnya, supplemen sekadar membantu melengkapkan zat-zat yang kurang dalam badan dan memastikan susu ibu berkualiti serta membantu membakar lemak-lemak tepu dalam badan. Saya yakin ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplemen akan mendapati tubuh mereka lebih mudah kembali ke bentuk asal, bertenaga, lebih cergas serta mendapat kulit yang cantik dan ibu-ibu pun lebih gojezzz.

Untuk berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, DISIPLIN itu penting!
Untuk si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu penyayang?

#untuk anak mama….mama cuba yang terbaik

#pengedar sah Shaklee
019.6081224
Juliana


Tuesday, June 24, 2014

Merawat Marah~

Assalamualaikum….
Ramadhan 2014 is loading……

Tekad saya sempena Ramadhan yang bakal datang melawat kita beberapa hari je lagi ni adalah untuk memperbaiki diri. (sempatkah daku???? Ya Allah…).

Sungguh-sungguh saya mahu tanam sifat SABAR dalam diri kendiri. Sesungguhnya daku ini memang cepat MARAH. Negatif sungguh!!. Orang Terengganu kata “bekeng”..kiki…” bekeng Kak Na tu…takut saya nak Tanya…bla..bla…bla…”. kata mereka-mereka kepada saya.

Bekeng ker??Kompius mak. Aduhai….Tapi memang tak dinafikan saya cepat rasa marah bila tak puas hati jantung akan sesuatu.

Jom sama-sama belajar dan praktikkan cara-cara untuk melenyapkan rasa marah ni. Bulan Ramadhan ni bulan Mulia dan sangat bagus untuk mendidik jiwa untuk SABAR dan TAK CEPAT MARAH~



“Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
                                                                                          -Imam Syafie-

Antara langkah-langkah yang perlu kita hadapi bagi menghilangkan rasa marah adalah :

1.      BACK TO THE BASIC
Ingat Allah. Malulah dengan Allah tentang segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita. Apabila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina dan apabila marah sedang memuncak, ambil wuduk kerana wuduk dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

2.  BERDIAM DIRI DAN BERTENANG
 Beri ruang kepada diri sendiri. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah. Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat membantu menenangkan diri anda.Pujuk diri sendiri dan secara perlahan-lahan ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.

3.   SUSUN SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa marah anda.

4.  SELESAIKAN MASALAH
   Kadangkala kemarahan itu timbul apabila ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya, selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.

5.  KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa. Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.

6.  BERTUKAR ANGIN
Bertukar angin bukan bertukar udara ye…=p. Kadangkala suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah. Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong untuk memperbaharui MOOD.

7.  MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti kaunselor. 

8.  BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK 
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan anda sedang berada di sebuah pulau percutian (Pulau Perhentian idamanku)bersama insan tersayang. Jika keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan mengurangkan rasa marah anda. 

9.  MENGUCAPKAN TA’AWUZ 
    Iaitu membaca : "A'uzu billahi minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari kejahatannya. 

10.  LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri, berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang) sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an-nar) dan sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud.


SEDIKIT PERINGATAN KEPADA DIRI HAMBA YANG KERDIL INI DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA…..


Sayyidatina Aisyah menceritakan;

"Rasulullah
صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah; 
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ

Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.

(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari Syaitan)

OPPssssss......=p


~orang marah cepat STRESS kan???
ini supplemen boleh mengurangkan stress tau.
Meh cuba nak??

#saya pengedar sah Shaklee....tak "bekeng pun"..hihi
juliana
019.6081224

~terima kasih sudi baca....

Sunday, June 22, 2014

STOP NOW or NEVER!!!

Assalamualaikum….

Hari ini saya gigih nak buat entry pasal ROKOK ni…sedih bila tengok orang-orang disekeliling saya dengan bangganya menyedut dan menghembus asap rokok. Tidak kah terfikir oleh mereka perbuatan itu ibarat menggulung si duit dan membakarnya hidup-hidup dengan perasaan bangga sambil dalam hati berkata “ bertapa mewah dan kaya rayanya aku “. 

Saya seorang ibu bekerjaya ni terasa betapa susahnya nak mencari rezeki dan betapa sayangnya tengok si duit itu dibakar hidup-hidup…. T_T

Ramai beralasan niat nak berhenti tu ada tapi tak mudah bagi mereka….tak cukup dengan sekadar berniat sahaja sayang-sayang semua, perlu ada usaha dan kesungguhan juga. Perlu cuba …cuba…. Dan cuba lagi.

Meh nak kongsi tips dan cara terbaik berhenti merokok ni.



 Tips Powerful Untuk Berhenti Merokok

1. Niat
Bagi seseorang yang sudah ketagihan rokok (ibarat rokok adalah teman baik mereka), berhenti merokok memang akan terasa sangat susah. Tiada apa yang mustahil, kuatkan niat dalam diri “saya nak BERHENTI MEROKOK”. Kalau perlu tampal dalam bilik tidur, depan cermin muka, di dahi …it’s ok tampal aje. Biar kita baca, tengok tiap-tiap hari niat kita tu.  
2. Mohon bantuan kawan dan keluarga
Bagitahu kawan baik, kawan kurang baik anda, keluarga semua keinginan dan niat murni anda nak berhenti merokok itu. Mintak dorang tarik telinga anda jika tangan anda laju-laju capai rokok. Kawan-kawan atau ahli keluarga pulak janganlah duk sebok-sebok hisap rokok depan mereka-mereka yang dalam proses nak berhenti ni. Dorongan daripada mereka sangatlah perlu untuk memberi semangat kepada mereka untuk berhenti dengan kadar segera oke.

3. Tetapkan target waktu anda
Jika anda sudah memutuskan untuk berhenti merokok, pastikan target waktu untuk betul-betul berhenti merokok. Mana mungkinkan dapat berhenti otomatik dalam masa 24jam. Caranya adalah dengan mula mengurangkan sedikit demi sedikit tapi dengan syarat dapat mencapai target masa yang telah anda tetapkan. 

3. Cari kesibukan/Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok. Buat-buat sibuk selalu....supaya xsempat pun nak hisap rokok tu.

4. Hindari tempat yang ada asap rokok
Menghindari tempat yang "bebas asap rokok" memang sangat sulit dilakukan saat ini, namun anda boleh melakukannya dengan memilih tempat yang bebas asap rokok seperti perpustakaan (kalau anda student), atau hospital (tapi takkan nak g melawat hospital hari-hari kan). Dan jika anda sedang bersama  kawan-kawan anda, ajak mereka ketempat yang no smoking area. 

5. Mengganti rokok (nikotin) dengan mengunyah yang lain
Biasanya orang-orang akan merokok dipagi hari ditemani dengan segelas kopi, nescafe dan sebagainya. Selain itu orang-orang juga biasa merokok setelah selesai makan. Jika rasa nak merokok tu, cepat-cepat kunyah. Kunyah ape ye???Kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kunyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.

6. Tetap Berfikir Positif
Jika anda berniat untuk berhenti merokok, maka jangan anggap itu sebagai pengorbanan. anggaplah hal tersebut sebagai langkah untuk meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat. Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool dan berfikiran positif. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan korang rasa sejuk. 

7. Bersenam
Ya cara berhenti merokok nie sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.

8. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok
Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.


Masih ramai yang sayangkan kamu. Takkan sanggup mati awal, tinggalkan isteri dan anak. Taklah sanggup menderita kanser yang kejam memakan diri. Dan takkanlah takde sekelumit pun rasa bersalah waktu rokok disedut.

Ya berhenti merokok bukan mudah. Berazamlah. Berusalah. Cuba untuk berhenti.


Nota: Macam mana Vivix boleh buat perokok kalah untuk merokok? Ini kerana Vivix akan memulihkan DNA dengan cara membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. Vivix Shaklee BUKAN terapi pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin. 

Sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan meningkatkan pretasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix akan menyebabkan sel-sel menjadi aktif menghasilkan tenaga. Jantung dapat berfungsi dengan baik.

Macam-macam cara untuk berhenti merokok. Cubalah wahai perokok semua. Takkan sanggup hantar isteri dan anak-anak ke 'rumah mayat' akibat rokok. Atau menghantar diri sendiri ke lubang kubur kerana merokok.



Biar apa pun caranya, cubalah berhenti. Usah menyesal di kemudian hari. Takde satu kebaikan pun yang korang dapat dari merokok. I bet you already know it. Love yourself, love your family. Then, quit your smoking habit.

p/s: smoking is like put the pistol on your head

nak cuba vivix Shaklee???
019.6081224
Juliana

#terima kasih sudi baca =)




Friday, June 13, 2014

Cadangan suplimen Shaklee untuk merawat gastrik

Assalamualaikum...

Harini saya nak citer sikit pasal gastrik...saya xpernah ada sejarah gastrik pada masa lampau. Akan datang inshaAllah xde jugak...(ya Allah berikan aku kesihatan yang baik)

Orang-orang ckp gastik tu sangat sakit dan menyakitkan. So, jom berkenalan dengan cik gastrik jap...

*Apa itu Gastrik*


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

*Bagaimana Gastrik Terjadi*


Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.

Punca Lain Terjadinya Gastrik
  * Peminum arak (arak ni bersifat asid)
  * Perokok
  * Makan dengan berlebihan
  * Makan makanan yang terlalu pedas
  * Sering guna ubat penahan sakit (pain killer)
  * Jangkitan
  * Skipping meals
  * Stress


Symptom Pesakit Gastrik
  * Tiada selera makan
  * Upset Stomach - tidak hadam dengan baik
  * Perut memulas - bila makan bertambah sakit
  * Muntah-rasa loya
  * Cirit birit - najis berwarna hitam
  * Lemah, demam
  * Kembung perut-sakit dada
  * Pedih ulu hati



Terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.



Uishhhh...dasat jugak penangan gastrik ni kan...




Sempena Ramadhan yang bakal melawat kita beberapa hari je lagi ni..eloklah sape2 yang memang ada gastrik wat preparation awal2..Semoga ibadat pose kita lebih lancar...
Moh kita tengok ape yang Shaklee cadangkan untuk merawat gastrik nih..


Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik 

1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.

2) Ostematrix 




Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) Peppermint Ginger Plus



Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

sekian,

pm/wassap 019.65081224
#pengedarsahShaklee juliana