Holllaaaaa semua...ghindu tak?
Hahaha...2018, dah masuk bulan Disember.
Ape ada dengan 2018?
2018 bagi kakJuena penuh dengan keputusan yang terpaksa dibuat, penuh dengan cabaran membesarkan anak-anak, dengan keadaan ekonomi yang tenat, dengan keadaan semasa yang tak boleh diambik mudah.
2018, kakJuena aktif berbisness. kakJuena sekarang jual produk baby, produk kanak-kanak.
Dekat je rase dengan jiwa kita ni...haaaaa gitttewwww
Sape ada nak beli balm Tasneem Naturel dan suplemen Alfateh boleh contact kita tau.
Nanti kakJuena ceghita lebih details pasal produk ni =)
~BiCaRa mAMa AisY mIKaiL~
~menulis sebagai kenangan...~
Tuesday, December 11, 2018
2018
Labels:
alfatehjunio,
alfatehjuniorkualaterengganu,
balmbaby,
balmtasneemnaturel,
tasneemnaturelkualaterengganu
Saturday, December 2, 2017
RINDU~
Assalamualaikum...
Fuhhhh fuuuuhh...fuhhhh....(tiup habuk)
Lama sangat rase tak jenguk kesini. Dari zaman anak 1 sekarang anak dah 3.
Lama kan?hihi
Alhamdulillah... mama dikurniakan 2 putera dan 1 puteri penyejuk mata penawar hati. =)
Ni dia anak-anak mama
~Muhammad aisy mikai
~Muhammad nayl ukasyah
~Orked uneera dalysa
Fuhhhh fuuuuhh...fuhhhh....(tiup habuk)
Lama sangat rase tak jenguk kesini. Dari zaman anak 1 sekarang anak dah 3.
Lama kan?hihi
Alhamdulillah... mama dikurniakan 2 putera dan 1 puteri penyejuk mata penawar hati. =)
Ni dia anak-anak mama
~Muhammad aisy mikai
~Muhammad nayl ukasyah
~Orked uneera dalysa
Wednesday, July 2, 2014
KEGEMARAN KAMI~PERFORMANCE DRINK
Assalamualaikum….
Hari ni nak share salah
satu minuman kegemaran En. Abang sejak kebelakangan ini…
Apakah??
Sudah tentu si oren menawan kalbu...Performance
Drink Shaklee… Bulan puasa ni best tau minum Performance Drink ni. Rasa oren yang sanagt enak. Petang-petang sebelom berbuka tu dah siap bancuh awal-awal dan simpan dalam
petiais…Sejuk anak tekak!
Kalau tak puasa pun, En.
Abang memang dah selalu minum Performance Drink ni. Dia memang kuat main bola
sepak (kekadang saya yang tension sebab selalu kena tinggal….wuuhuuuu) jadi,
Performance Drink ni memang sesuai untuk dia sebab Performance Drink ni
merupakan minuman isotonic. Jadi saya akan bancuhkan Performance Drink ni bagi
menggantikam minuman isotonic jenama lain.
Jika anda adalah peminum
tegar minuman isotonik, Performance Drink adalah satu-satunya minuman
isotonik yang bebas karbonat malah kurang gula (less sugar)!
Sangatlah TIDAK rugi jika
anda membeli Performance Drink ni sebab ianya diperlukan oleh setiap ahli
keluarga anda yang tersayang. Sama ada suami, isteri mahu pun anak-anak anda
yang riang dan aktif dan comel pun boleh minum sekali!
Jom study kejap sape yang
sesuai minum PD nih.....tarik nafas dan hembus jap....n sambung baca oke.
Golongan yang sesuai dan
memerlukan Performance Drink Shaklee termasuklah:
-Para ibu yang menyusukan
anak (breastfeeding mother).
-Mereka yang mempunyai gaya
hidup yang aktif dan aktif bersukan.
-Mereka yang berpuasa.
Sesuai untuk sahur dan berbuka.
-Para pesakit yang
menghidap gout.
-Mereka yang kurang minum
air dan dehidrasi.
-Jika anda sering diserang
sakit kepala atau migrain.
-Anak-anak yang demam.
-Mereka yang terasa nak
diserang demam atau sedang demam.
-Sebagai pengganti kepada
minuman isotonik lain yang berkarbonat dan gula berlebihan.
Mengapa anda perlu berkata YA kepada
Performance Drink Shaklee nih?
-Bebas gas atau tidak
berkarbonat.
-Kurang kandungan
gula (less sugar).
-Performance Drink
mempunyai kadar natrium yang rendah dan mempercepat kadar penyerapan cecair
(elektrolit) dalam tubuh sekaligus anda akan mengatasi masalah dahaga – KURANG
HAUS!
-Bersifat isotonik iaitu
minumam ini mempunyai jumlah kepekatan karbohidrat yang sama - dengan darah kita.
Kesannya ia akan mudah diserap dan sekaligus meningkatkan kadar gula di dalam
darah dan impaknya- tubuh anda LEBIH CERGAS dan KURANG PENAT!
-Membantu memberi tenaga
kepada otot dan sel dengan cepat, serta meningkatkan daya ketahanan otot.
Kesimpulannya, Performance
Drink adalah salah satu produk kegemaran dan kesukaan En.
Abang saya yang aktif bermain bola sepak dan juga untuk saya yang masih menyusu
anak tersayang si bambam Aisy Mikail. Saya dah merasai keenakan dan khasiat
Performance Drink ni, jadi sangatlah gembira untuk berkongsi pengalaman ni
dengan semua orang sekalian.
Apalah sangatkan memperuntukkan sejumlah wang bagi memastikan ahli keluarga kita yang dah sedia aktif untuk terus kekal aktif tanpa anda meragui khasiat yang diberikan kepada mereka berbanding minuman isotonik yang lain di pasaran.
Keluarga aktif, keluarga
sihat, keluarga bahagia….=)
019.6081224
juliana
#Pengedar sah Shaklee yang
aktif.
~terima kasih sudi baca =)
Wednesday, June 25, 2014
~TIPS DAN RAHSIA MILKBOOSTER~
Assalamualaikum…
Di
sini ada beberapa tips untuk dikongsi bagi banyakkan susu bagi ibu-ibu sekalian terutama ibu
bekerjaya.
Sebenarnya
saya risau juga bulan Ramadhan ni tetiba je susu tak de atau susu sikit aje.
Kesian kat anak takkan baby pun nak puasa jugak..ye dak?? So, jom kita baca sat
tips-tips dan rahsia-rahsia “milk booster” ni
Rahsia
dan Tips #1
Pastikan
pengambilan makanan waktu utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam)
adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan oleh ibu untuk
menghasilkan susu. Ada ibu-ibu yang sangat takut untuk mengambil makanan berat
kerana risau gemuk, maka golongan ini akan kurang makan atau makan CIPUT-CIPUT
je. Mereka yang mengambil makanan harian tanpa mengambil kira zat yang diambil,
kemudian mereka mula sebok-sebok bertanya kat fb, Mengapa berat badan anak saya
tidak naik ya?? Padahal puncanya dari diri sendiri…jadi tak boleh la nak heran
sangat.
Contoh
makanan yang boleh menyumbang kepada milkbooster ni seperti:
-Sup
Lobak Putih - Milk Booster mudah dan sedap (so, da takde alasan tak sempat nak masak ye..sebab sangat simple)
-
sup ayam yang ada herba-herba, rempah ratus di dalam nya
-Ulam
ulaman seperti si jantung hati pisang dan pegaga (oh! Jantung pisang
kegemaranku. Cicah dengan si budu…memang bertambah-tambah nasi tau…oppSSSS)
-Kurma
(Jadikan kurma sebagai stok kecemasan anda)
Rahsia
dan Tips #2
Banyakkan
minum air terutama air masak. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu
sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air sangat penting untuk
menyahkan segala toksin dalam badan. Maka si ibu yang sihat akan menghasilkan
susu yang berkualiti.
Ho-ho-ho
Horlicks! Yes, setelah dicuba-cuba, Horlicks panas adalah milk booster yang
lebih cepat berbanding air milo. Kalau dapat, minum untuk sarapan. Kalau tak
sempat minum horlicks panas semasa makan tengahari atau waktu petang pun boleh
juga.
Rahsia
dan Tips#3
Pengambilan
supplemen atau makanan tambahan sangat penting. Ya, sangat PENTING!
Mengapa?
Kerana
ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen
membantu metabolisma badan yang seimbang.
Meh
cuba yang ni…Kompem jatuh cinta nanti!
SET BAJET MENYUSU SHAKLEE
Set ini terdiri
dari ostematrix, Alfalfa dan lecithin. Perlu makan ketiga-tiga ini? Tak dapat
makan ketiga-tiga, utamakan ostematrix mahupun Alfalfa. Kenapa?
Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan
Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.
Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.
Jadi, supplement ini, telan saja! Semudah A B C , ye dak??
SELAIN ITU,
Ostematrix : Pembekalan sumber Kalsium tinggi, jadi ia merangsang penghasilan susu di dalam badan
Alfalfa : Milk booster yang diamalkan sejak zaman dahulu lagi, jika kena pada gayanya, susu anda akan melimpah ruah, insyaallah.
Lecithin : Pemecah lemak, jadi ia akan membuatkan saluran susu anda lancar. Sangat penting bila terkena bengkak susu.
Jadi, supplement ini, telan saja! Semudah A B C , ye dak??
SELAIN ITU,
Saya juga mengambil suplimen B Complex DAN Omega Guard Shaklee nih.
Pengambilan
B complex membantu
sistem tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan
lebih mudah terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang berbanding runsing
dan keletihan. B complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem
tubuh maka ia sangat penting untuk memastikan seseorang itu tidak gemuk dan
tidak menghidap penyakit kencing manis.
Pengambilan
Omega Guard pula
membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan
mudarat. Ia membantu memecahkan lemak dalam tubuh dan sekaligus membantu
membekalkan DHA dalam susu ibu.
Opssss….ESP tidak
kulupa.hihi
Resepi minuman dengan ESP ni memang menjadi milk booster terbaik dan sedap bagi saya. Minum sejuk-sejuk, anda akan rasa kenikmatannya! Dah cuba resepi ESP ini? Campurkan sekali kurma yang direndam lama di dalam susu segar/ low fat milk/ dutchlady strawbery dan blend semuanya.. malas nak blend sebab tak cukup masa? boleh saja.. kadang-kadang nak jimat masa, saya minum aje tanpa blend kurma tadi. Badam pula tumbuk atau tabur dengan badam masakan yg dipotong kecil-kecil pun boleh. ikut kreativiti sendiri :)
Tak sempat nak minum air ESP kosong pun sedap! Cuma shake dan campurkan air, terus minum! Cukup MUDAH.
Rahsia
dan Tips #4
Makan
dengan gembira. Pernah dengar situasi seperti ini
“Bila
saya minum ESP, saya merasakan payudara saya bengkak dan hasil perahan lebih
banyak. Seronoknya! Saya yakin dengan minum ESP setiap hari susu saya akan
bertambah banyak. ” Maka ibu ini pun kongsikan tips ini dan ibu-ibu yang
mengalami masalah susu merudum terus mencari ESP dengan kadar segera. Namun
pastinya ada yang merasakan ada perubahan, namun ada juga ibu-ibu yang tidak
merasakan perubahan.
Mengapa? Kenapa?
Hakikatnya
ibu tersebut mendapat hasil yang lumayan kerana mereka menikmati makanan
tersebut dengan sangat gembira. Apabila kita makan dengan rasa gembira, maka
badan kita akan menghasilkan hormon yang memberikan ketenangan dalam tubuh kita
seterusnya melonjakkan penghasilan susu dengan lebih baik.
Rahsia
dan Tips #5
Kerap
pam susu secara konsisten. Ada ibu yang bila lihat susu sedikit mula culas dan
malas untuk pam susu dan mengharapkan susu tersebut menjadi banyak. Mengharap sahaja tak boleh ibu-ibu sekalian. Ada ibu yang mula berhenti pam kerana susu keluar hanya
1-2 titik sahaja.
Apabila kita teruskan pam dengan konsisten, otak akan
menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan, maka lama-kelamaan
badan akan menghasilkan susu lebih banyak. Berbanding dengan mereka yang terus
berhenti pam, badan akan menerima signal bahawa susu tidak diperlukan lagi.
Maka walau sebanyak mana pun milk booster yang diambil, susu tetap tidak
kembali banyak.
Rahsia
dan Tips #6
Kerapkan
direct feeding. Menyusu secara terus adalah stimulation terbaik. Si anak pun
lebih rapat dengan kita tau.
***********
Ini, antara amalan saya, dan saya seorang ibu bekerjaya, yang nyata, sangat sibuk kan? Lagi perlukan masa yang berkualiti untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang dirancang. Saya amalkan tips-tips di atas sehingga sekarang, alhamdulillah berkesan.
Maka
dapat saya simpulkan bahawa pemakanan sangat penting dalam memperbanyakkan
susu. Ada ibu yang mengadu dah ambil semua supplemen yang dicadangkan, namun
hasil tetap kurang. Bila ditanya pemakanan tengah hari, dijawab saya memang tak
makan tengah hari sebab diet.Oh! no..no..Tak boleh cenggitu sayang-sayang semua.
Makanlah
dengan penuh gembira tetapi berpada-pada dan jangan lupa untuk pam juga ya. Ada
juga ibu bila ditanya jadual pam, menjawab saya tak pam sebab takde susu.
tunggu bengkak baru saya pam. Aduhai ibu- ibu sayang, bagaimana otak nak
memberi arahan pada badan untuk menghasilkan susu kalau tiada permintaan?
Hakikatnya,
supplemen sekadar membantu melengkapkan zat-zat yang kurang dalam badan dan
memastikan susu ibu berkualiti serta membantu membakar lemak-lemak tepu dalam
badan. Saya yakin ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplemen akan mendapati
tubuh mereka lebih mudah kembali ke bentuk asal, bertenaga, lebih cergas serta
mendapat kulit yang cantik dan ibu-ibu pun lebih gojezzz.
Untuk
berjaya di dalam penyusuan susu ibu ini, DISIPLIN
itu penting!
Untuk
si manja, segala-galanya sanggup ku korbankan, tak gitu wahai ibu-ibu
penyayang?
#untuk
anak mama….mama cuba yang terbaik
#pengedar sah Shaklee
019.6081224
Juliana
Tuesday, June 24, 2014
Merawat Marah~
Assalamualaikum….
Ramadhan
2014 is loading……
Tekad
saya sempena Ramadhan yang bakal datang melawat kita beberapa hari je lagi ni
adalah untuk memperbaiki diri. (sempatkah daku???? Ya Allah…).
Sungguh-sungguh
saya mahu tanam sifat SABAR dalam diri kendiri. Sesungguhnya daku ini memang
cepat MARAH. Negatif sungguh!!. Orang Terengganu kata “bekeng”..kiki…” bekeng
Kak Na tu…takut saya nak Tanya…bla..bla…bla…”. kata mereka-mereka kepada saya.
Bekeng
ker??Kompius mak. Aduhai….Tapi memang tak dinafikan saya cepat rasa marah bila
tak puas hati jantung akan sesuatu.
Jom
sama-sama belajar dan praktikkan cara-cara untuk melenyapkan rasa marah ni. Bulan Ramadhan ni bulan Mulia dan sangat bagus untuk mendidik jiwa untuk SABAR dan TAK CEPAT MARAH~
“Marah
adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh
itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.”
-Imam
Syafie-
Antara
langkah-langkah yang perlu kita hadapi bagi menghilangkan rasa marah adalah :
1. BACK TO THE BASIC
Ingat
Allah. Malulah dengan Allah tentang segala tindak-tanduk kita. Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap
biadab kita. Apabila datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia
yang hina dan apabila marah sedang memuncak, ambil wuduk kerana wuduk dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
2. BERDIAM DIRI DAN BERTENANG
Beri ruang kepada diri sendiri. Banyakkan
berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada
sifat marah. Tarik nafas dalam dalam dan kosongkan fikiran. Ini mungkin dapat
membantu menenangkan diri anda.Pujuk diri sendiri dan secara perlahan-lahan
ulangi perkataan ‘bertenang’ dan ‘jangan susah hati’, ulanginya berkali-kali
sehingga anda rasa tenang. Gunakan daya imiginasi anda gambarkan suasana tenang
dan menyenangkan sambil menutup mata. Sambil itu tarik nafas dalam-dalam.
3. SUSUN
SEMULA PEMIKIRAN
Selalunya bagi seseorang yang tengah marah
selalunya mengeluarkan kata-kata yang tidak elok dan cacian bagi mengelakkan
ini berlaku kita perlu guna teknik mengubah cara pemikiran. Jadi setiap kali
marah, tukarkan perkara-perkara berikut kepada yang lebih rasional seperti
katakan pada diri anda “ia sungguh mengecewakan”, “ia memang teruk”, atau “saya
faham sekarang saya tengah sedih tapi bukan bermakna selamanya saya akan
gagal”. Kata-kata itu akan menguatkan semangat anda dan menghilangkan rasa
marah anda.
4.
SELESAIKAN MASALAH
Kadangkala kemarahan itu timbul apabila
ada beberapa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Oleh itu selesaikan masalah
anda dengan merangkakan perancangan anda, jangan lupa semak perkembangannya,
selesaikan masalah dengan cara yang paling berhemah dan jangan salahkan diri
jika tidak dapat ia tidak dapat memenuhi perancangan anda.
5.
KOMUNIKASI YANG BAIK
Selalunya orang yang tengah marah akan
cepat membuat kesimpulan terhadap sesuatu secar tidak tepat. Jika menghadapi
perbincangan hangat yang mencetuskan kemarahan, anda patut bertenang dan jangan
buat keputusan ketika marah dan berfikirlah dahulu sebelum melakukan apa-apa.
Jadilah pendengar yang baik pada perkara-perkara yang menyebabkan kemarahan.
6. BERTUKAR
ANGIN
Bertukar angin bukan bertukar udara ye…=p. Kadangkala
suasana sekeliling akan menyebabkan kita rasa tertekan. Masalah dan
tanggungjawab yang banyak akan membebankan dan ini membuatkan kita cepat marah.
Oleh itu anda mestilah luangkan masa untuk diri sendiri pergilah melancong
untuk memperbaharui MOOD.
7.
MARAHLAH SECARA SIHAT
Kemarahan adalah emosi normal manusia dan
emosi ini juga penting untuk kita mempertahankan diri, marahlah dengan cara
yang wajar dan terkawal tanpa diikuti dengan kekerasan tapi jangan memendamkan
masalah itu luahkanlah agar tidak memberi kesan pada diri sendiri. Luahkan
perasaan anda pada individu yang paling anda percayai contohnya seperti
kaunselor.
8.
BAYANGKAN SESUATU YANG SERONOK
Ketika marah, pejamkan mata dan bayangkan
anda sedang berada di sebuah pulau percutian (Pulau Perhentian idamanku)bersama insan tersayang. Jika
keadaan tidak mengizinkan, biarkan fikiran anda melayang jauh ke tempat yang
membuatkan anda seronok. Kaedah ini amat berkesan untuk memberi ketenangan dan
mengurangkan rasa marah anda.
9.
MENGUCAPKAN TA’AWUZ
Iaitu membaca : "A'uzu billahi
minassyaithanirrajim " sesungguhnya Marah itu dpd syaitan (jln masuk
hasutan syaitan kpd diri manusia) Maka berlindunglah dgn Allah dari
kejahatannya.
10.
LAKUKAN SESUATU UNTUK MENGAWAL MARAH
Hendaklah duduk jika sedang berdiri,
berbaringlah jika dia sedang duduk. jika tidak hilang juga kemarahan dgn
melakukan dua perkara tersebut maka hendaklah mengambil wudhuk (air sembahyang)
sabda Rasul saw : "Sesungguhnya syaitan itu dpd api (an-nar) dan
sesungguhnya dipadamkan api itu dgn air, maka apabila seseorg kamu marah, maka
ambillah wudhuk (air sembahyang)" hadis riwayat Abu Daud.
SEDIKIT PERINGATAN KEPADA DIRI HAMBA YANG KERDIL INI
DAN PERKONGSIAN UNTUK SEMUA…..
Sayyidatina Aisyah menceritakan;
"Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah datang kepadaku ketika aku sedang amat marah. Lalu Baginda صلى الله عليه وسلم memegang batang hidungku & menggosok²kannya. Kemudian Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda; "Wahai U'waiyyish (nama timangan Aisyah)! Ucapkanlah;
اللهم اغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَأَذْهِبْ غَيْظَ قَلْبِيْ وَأَجِرْنِيْ مِنَ الشَّيْطَانِ
Allahummaghfirli zanbi, wa azhib ghaizho qalbi, wa ajirni minassyaitan.
(Ya Allah, ya Tuhanku. Ampunilah aku dari dosa²ku, hilangkanlah kemarahan hatiku & selamatkanlah aku dari Syaitan)
OPPssssss......=p
~orang marah cepat STRESS kan???
ini supplemen boleh mengurangkan stress tau.
Meh cuba nak??
#saya pengedar sah Shaklee....tak "bekeng pun"..hihi
juliana
019.6081224
~terima kasih sudi baca....
Sunday, June 22, 2014
STOP NOW or NEVER!!!
Assalamualaikum….
Hari ini saya
gigih nak buat entry pasal ROKOK ni…sedih bila tengok orang-orang disekeliling
saya dengan bangganya menyedut dan menghembus asap rokok. Tidak kah terfikir
oleh mereka perbuatan itu ibarat menggulung si duit dan membakarnya hidup-hidup
dengan perasaan bangga sambil dalam hati berkata “ bertapa mewah dan kaya
rayanya aku “.
Saya seorang ibu bekerjaya ni terasa betapa susahnya nak mencari
rezeki dan betapa sayangnya tengok si duit itu dibakar hidup-hidup…. T_T
Ramai
beralasan niat nak berhenti tu ada tapi tak mudah bagi mereka….tak cukup dengan
sekadar berniat sahaja sayang-sayang semua, perlu ada usaha dan kesungguhan juga.
Perlu cuba …cuba…. Dan cuba lagi.
Meh nak
kongsi tips dan cara terbaik berhenti merokok ni.
1. Niat
Bagi seseorang yang sudah ketagihan
rokok (ibarat rokok adalah teman baik mereka), berhenti merokok memang akan
terasa sangat susah. Tiada apa yang mustahil, kuatkan niat dalam diri “saya nak
BERHENTI MEROKOK”. Kalau perlu tampal dalam bilik tidur, depan cermin muka, di
dahi …it’s ok tampal aje. Biar kita baca, tengok tiap-tiap hari niat kita tu.
2. Mohon bantuan kawan dan keluarga
Bagitahu kawan baik, kawan kurang baik anda,
keluarga semua keinginan dan niat murni anda nak berhenti merokok itu. Mintak
dorang tarik telinga anda jika tangan anda laju-laju capai rokok. Kawan-kawan
atau ahli keluarga pulak janganlah duk sebok-sebok hisap rokok depan
mereka-mereka yang dalam proses nak berhenti ni. Dorongan daripada mereka
sangatlah perlu untuk memberi semangat kepada mereka untuk berhenti dengan
kadar segera oke.
3. Tetapkan target waktu anda
Jika anda sudah memutuskan untuk
berhenti merokok, pastikan target waktu untuk betul-betul berhenti merokok. Mana
mungkinkan dapat berhenti otomatik dalam masa 24jam. Caranya adalah dengan mula
mengurangkan sedikit demi sedikit tapi dengan syarat dapat mencapai target masa
yang telah anda tetapkan.
3. Cari kesibukan/Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang'
lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat
apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba
rasa nak merokok. Buat-buat sibuk selalu....supaya xsempat pun nak hisap rokok tu.
4. Hindari tempat yang ada asap rokok
Menghindari tempat yang "bebas asap
rokok" memang sangat sulit dilakukan saat ini, namun anda boleh melakukannya
dengan memilih tempat yang bebas asap rokok seperti perpustakaan (kalau anda student), atau hospital (tapi takkan nak g melawat hospital hari-hari kan). Dan jika anda sedang bersama kawan-kawan anda, ajak mereka ketempat
yang no smoking area.
5. Mengganti rokok (nikotin) dengan mengunyah yang
lain
Biasanya orang-orang akan merokok
dipagi hari ditemani dengan segelas kopi, nescafe dan sebagainya. Selain itu orang-orang juga biasa merokok
setelah selesai makan. Jika rasa nak merokok tu, cepat-cepat kunyah. Kunyah ape ye???Kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kunyahan
yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.
6. Tetap Berfikir Positif
Jika anda berniat untuk
berhenti merokok,
maka jangan anggap itu sebagai pengorbanan. anggaplah hal tersebut sebagai
langkah untuk meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat. Stress
adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi
seorang yang lebih cool dan berfikiran positif. Dan lebih bijak dalam berdepan
dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik
deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar).
Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan korang rasa sejuk.
7. Bersenam
Ya cara berhenti merokok nie
sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman
setiap hari. Lakukan senaman ringan seperti push
up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah
Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.
8. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok
Buat senarai atau sebutkan
kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri
makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah
berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja
yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.
Masih ramai yang sayangkan kamu.
Takkan sanggup mati awal, tinggalkan isteri dan anak. Taklah sanggup menderita
kanser yang kejam memakan diri. Dan takkanlah takde sekelumit pun rasa bersalah
waktu rokok disedut.
Ya berhenti merokok bukan mudah. Berazamlah. Berusalah. Cuba untuk
berhenti.
Nota: Macam mana Vivix boleh buat
perokok kalah untuk merokok? Ini kerana Vivix akan memulihkan DNA dengan cara
membuang nikotin pada tahap sel-sel DNA. Jadi DNA akan kembali pulih dan dengan
sendiri akan menolak bahan asing nikotin dari tubuh. Vivix Shaklee BUKAN terapi
pengganti nikotin. Tapi ianya terapi membuang nikotin.
Sebagai bonus Vivix Shaklee juga akan
meningkatkan pretasi jantung dan kadar metabolisma perokok. Ini kerana Vivix
akan menyebabkan sel-sel menjadi aktif menghasilkan tenaga. Jantung dapat
berfungsi dengan baik.
Macam-macam cara untuk berhenti
merokok. Cubalah wahai perokok semua. Takkan sanggup hantar isteri dan
anak-anak ke 'rumah mayat' akibat rokok. Atau menghantar diri sendiri ke lubang
kubur kerana merokok.
Biar apa pun caranya, cubalah
berhenti. Usah menyesal di kemudian hari. Takde satu kebaikan pun yang korang
dapat dari merokok. I bet you already know it. Love yourself, love your family.
Then, quit your smoking habit.
p/s: smoking is like put the pistol on your head
nak cuba vivix Shaklee???
019.6081224
Juliana
#terima kasih sudi baca =)
Friday, June 13, 2014
Cadangan suplimen Shaklee untuk merawat gastrik
Assalamualaikum...
*Apa itu Gastrik*
*Bagaimana Gastrik Terjadi*
Punca Lain Terjadinya Gastrik
* Peminum arak (arak ni bersifat asid)
* Perokok
* Makan dengan berlebihan
* Makan makanan yang terlalu pedas
* Sering guna ubat penahan sakit (pain killer)
* Jangkitan
* Skipping meals
* Stress
Symptom Pesakit Gastrik
* Tiada selera makan
* Upset Stomach - tidak hadam dengan baik
* Perut memulas - bila makan bertambah sakit
* Muntah-rasa loya
* Cirit birit - najis berwarna hitam
* Lemah, demam
* Kembung perut-sakit dada
* Pedih ulu hati
Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik
1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.
2) Ostematrix
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.
3) Peppermint Ginger Plus
Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
sekian,
pm/wassap 019.65081224
#pengedarsahShaklee juliana
Harini saya nak citer sikit pasal gastrik...saya xpernah ada sejarah gastrik pada masa lampau. Akan datang inshaAllah xde jugak...(ya Allah berikan aku kesihatan yang baik)
Orang-orang ckp gastik tu sangat sakit dan menyakitkan. So, jom berkenalan dengan cik gastrik jap...
*Apa itu Gastrik*
Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.
Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ni seperti yang kita maklum bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, boleh sebabkan radang yang lebih teruk.
Punca Lain Terjadinya Gastrik
* Peminum arak (arak ni bersifat asid)
* Perokok
* Makan dengan berlebihan
* Makan makanan yang terlalu pedas
* Sering guna ubat penahan sakit (pain killer)
* Jangkitan
* Skipping meals
* Stress
Symptom Pesakit Gastrik
* Tiada selera makan
* Upset Stomach - tidak hadam dengan baik
* Perut memulas - bila makan bertambah sakit
* Muntah-rasa loya
* Cirit birit - najis berwarna hitam
* Lemah, demam
* Kembung perut-sakit dada
* Pedih ulu hati
Terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.
Uishhhh...dasat jugak penangan gastrik ni kan...
Sempena Ramadhan yang bakal melawat kita beberapa hari je lagi ni..eloklah sape2 yang memang ada gastrik wat preparation awal2..Semoga ibadat pose kita lebih lancar...
Moh kita tengok ape yang Shaklee cadangkan untuk merawat gastrik nih..
1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.
2) Ostematrix
3) Peppermint Ginger Plus
Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
sekian,
pm/wassap 019.65081224
#pengedarsahShaklee juliana
Subscribe to:
Posts (Atom)