kenapa awak sanggup menerima saya sebagai isteri awk?? tergaman syafiq apabila isterinya yang baru di kahwininya tadi menanyakan soalan sebegitu rupa.dia sedar wanita yang dikahwininya itu adalah wanita yang dicintai oleh sahabat baiknya sendiri.tapi bila mengenangkan penjanjian itu dia nekad untuk mengahwini farah..
wahai anak muda,sekarang kamu belajar dimana?'pertanyaan dari seorang pak cik setelah ustaz yang sepatutnya mengajar tidak dapat hadir seolah-olah mengajak syafiq berbual sementara menunggu masuk waktu isyak.belum ada rezeki saya lagi pak cik,saya ada cuba mohon universiti tapi tidak dapat.result spm kamu ok?..ringkas sahaja pertanyaan pak cik yang di kenali sebagai pak harun.alhamdulillah,sy dapat 8A.bagusnya tapi kenapa tidak dapat lagi sambung belajar?.hmmm..belum ada rezeki saya pak cik..nk tak kamu kalau kamu diberi peluang sambung belajar di mesir?.pentanyaan pak cik betul-betul membuat syafiq terkejut kerana memang menjadi impiannya untuk belajar di mesir apa lagi kalau dapat sambung di universiti al-azhar,masih layak ke saya??ringkas pertanyaan syafiq.jika kamu diberi peluang kamu mahu?balas pak cik.insyAllah,saya terima.baiklah nanti pak cik akan bincang dengan pihak berkenaan.siapa pihak berkenaan?tanya syafiq.adalah sesebuah agensi kerajaan.jawab pak cik seolah-olah cuba merahsiakan pihak berkenaan daripada diketahuinya.ok lah macam itu..kalau macam tu besok kita bincang lg..
syafiq sila tunggu pak cik selepas ini,bisik pak cik sebaik sahaja selesai solat isyak berjemaah.alhamdulillah,pihak berkenaan bersetuju untuk menaja kamu belajar di mesir tapi belum pasti di tempat mana kamu akan belajar dekat sana nanti.jadi mereka nak minta surat-surat yg sepatutnya lah untuk memohon belajar dekat mesir.kalau macam tu pak cik ke rumah kamu untuk mengambil surat-surat tersebut.sebaik sahaja memberi surat-surat,pak cik mengajak syafiq minum.
pak cik ada hal nak bincang dengan kamu ni.ada hal apa pak cik?'balas syafiq.
macam ni,pak cik ada seorang anak saudara perempuan umur 2 tahun muda dari kamu.ayahnya minta pak cik yang carikan jodohnya seorang lelaki yang beriman dan berilmu.jadi kenapa pak cik apa yang boleh saya tolong?tanya syafiq yang pura-pura tidak mengerti.setelah kamu tamat belajar pak cik nak kamu mengahwnininya,jawapan pak harun ringkas.jawapan yang sememangnya telah syafiq duga.baiklah pak cik saya sanggup sebagai menghargai usaha pak harun untuk membantunya.lagi pun syafiq sudah tiada gadis pilihan.memikirkan tentang gadis pilihannya betul-betul membuat syafiq jadi sedih dan kecewa.memang sebelum ni dia ada gadis yang di cintai sepenuh hati tapi gadis itu menolak atas alasan nak bercinta selepas kahwin.syafiq terima alasannya itu tapi dia ada prinsipnya tersindiri baginya cinta akan merubah seseorang dari jahat jadi baik,dari setan jadi nabi,dari iblis jadi malaikat,dari sakit jadi sembuh,dari lemah jadi kuat dan dari jahil jadi alim,tanpa cinta makhluk kita tak kan sampai kepada cinta Pencipta.
***************
apa yang awak sedang termenungkan tu?'pertanyaan farah benar-benar telah mengejutkan syafiq dari mengingat perkara yang menyebabkan dia terpaksa kahwin dengan farah,dia tahu sahabat baiknya amirul sangat mencintai farah.dia rasakan bagai telah menghancurkan perasaan sahabat baiknya sendiri tapi kerana janji dia terpaksa.dia juaga terfikir kenapa tidak tanya dahulu siapa anak saudara pak harun kerana dia tak menyangka bahawa anak saudara pak harun maksudkan adalah farah,wanita yang memang dia kenal..tak ada apa-apa,awak nak tidur ke?tanya syafiq setelah lama mendiamkan dirinya.macam tu lah nampaknya,saya letih sangat ni.awak pun kn tahu tadi saya sibuk melayan tetamu,terang isterinya.kalau macam tu awak tidurlah kat atas saya akan tidur kat bawah je.kata-kata syafiq benar-benar membuat farah keliru,kenapa syafiq setuju mengahwininya kalau dia tak mahu tidur bersamanya.aku mesti siasat apa tujuannya mengahwini aku,bisik farah dalam hatinya.
awak..awak..bangunlah awak,'bisik syafiq di telinga farah untuk mengejutkannya'.kenapa awak?tanya farah sebaik saja terkejut dari tidurnya setelah melihat jam tepat 3 pagi.saya nak ajak awak qiamulai sebagai tanda syukur.mengingat kembali peristiwa dia berjanji dengan syafiqah gadis yang menjadi idamannya untuk dijadikan pemaisuri hidupnya,dia berjanji kalau dia kahwin dia akan membuat qiamulai bersama-sama isterinya pada malam pertama perkahwinanya.walaupun isterinya sekarang dikahwini bukan kerelaannya sendiri tapi dia mesti tunaikan janjinya sebagai mensyukuri nikmat Tuhan.baiklah awak,awak dah ambil wudhuk ke?tanya farah sebaik saja bangun dari katilnya.ya,saya dah ambil tadi.awak ambil lah wudhuk dulu saya tunggu awak kat kereta,saya nak hidupkan enjin kereta dulu,terang syafiq.awak nak ajak saya pergi mana malam-malam macam ni,tadi kata nak ajak saya qiamulai?tanya farah yang keliru dengan perangai suaminya itu.memanglah kita nak qiamulai kat masjid supaya tak ganggu orang yang sedang tidur ni sambil tu kita boleh niat iktikad,jelas syafiq.baiklah macam tu,jawab farah yang memang mengerti suaminya imam kat masjid jadi dia mudah mendapat izin untuk menggunakannya pada waktu macam ni.
jam tepat 3.15 pagi.kelihatan kereta proton saga menuju masuk ke tempat letak kereta.kelihatan seorang lelaki bertubuh sasa menghampiri syafiq.pak imam nak buat apa malam-malam macam ni,tegur lelaki itu bertubuh sasa tanpa memberi salam merupakan pengawal keselamatan masjid.saya nak qiamulai dan iktikad dalam masjid ni bersama isteri saya,jelas syafiq lagi yang kurang suka kalau digelar pak imam,mungin kerana usianya yang masih muda.wah,bagusnya pengantin baru pada malam pertamanya berada di dalam masjid tak pernah di buat orang,puji pengawal itu seakan-akan menyindir.untuk menjadi orang yang lebih bertakwa kita mesti lakukan amalan hebat yang susah untuk orang lain lakukan,balas syafiq kpd sindiran pengawal itu.memang menjadi perkara biasa kalau orang nak lakukan kebaikan mesti ada saja orang yang cuba nak lemahkan,kalau seseorang itu kuat imannya pasti akan berjaya atasinya sindiran-sindiran sebegitu rupa.setelah selesai menunaikan solat sunat taubat,sunat tahajjud,sunat tasbih dan solat hajat mereka meneruskan lagi qiamulai dengan bertadarus al-quran.
farah begitu terpesona dengan kelunakan suaminya ketika solat tadi.itulah kali pertama dia mendengar suara suaminya ketika menjadi imam begitu sedap seolah-olah sedang berimam kan seorang imam dari mekah.baginya memang wajar suaminya menjadi imam di masjid ini kerana suaminya memiliki suara yang cukup bagus serta baik bacaannya.ketika jam menunjukan tepat pukul 5pagi.syafiq mengarahkan farah memasuki ruang solat wanita kerana sebentar lagi jemaah akan datang untuk menunaikan solat subuh berjemaah serta mendengar sedikit kuliah subuh.syafiq sebenarnya bimbang kalau-kalau amirul dating dan sempat bertemu dengan farah,pasti hati sahabatnya itu akan bertambah sakit dia yakin amirul pasti dating kerana sebelum ini,di masjid ni lah tempat mereka berjumpa dan menghabiskan masa lapang dengan menunaikan solat fardu secara berjemaah sambil memperlajari ilmu agama dari ustaz-ustaz.tapi disebabkan cita-cita mereka berpisah setelah amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringakat ijazah di sebuah university terkemuka tanah air di perak dan syafiq pula tidak mendapat tempat di university tanah air sehingga lah melalui bantuan pak harun syafiq Berjaya melanjutkan pelajaran ke university al-azhar dalam bidang tafsir al-quran dan al-hadis dan sekarang beliau sudah bergelar ustaz yang sememangnya menjadi impiannya sejak menjadi “kaki masjid”.baginya ,dia ingin meneruskan perjuangan rasulullah walaupun sedang menghadapi mati baginda masih memikirkan tentang nasib umatnya tanpa mempedulikan diri baginda sendiri sehinggakan sebaik sahaja baginda di bangkitkan baginda akan memanggil umatku..umatku…umatku..lihatlah betapa kasihnya rasulullah s.a.w. kepada kita sebagai umatnya.
Kelihatan seorang pemuda yang berjubah putih sedang menuju ke arah syafiq.”waa,bagusnya sahabatku ni walaupun baru je kahwin semalam,subuhnya sudah ada kat masjid”tegur amirul.mendengar kata-kata itu benar-benar membuat syafiq ingin menangis”perkataan sahabat?,dia tertanya-tanya masih layak kah dia bergelar sahabat kepada amirul setelah dia menyakiti hati sahabatnya itu”syafiq bercakap dalam hatinya.”walau apa pun keadaan kita solat adalah yang mesti kita utama dalam hidup”ringkas je jawapan syafiq tapi penuh dengan maksud yang mendalam.”betul tu ustaz syafiq,solat lah yang akan kita bawa setelah mati bukannya harta mahupun orang-orang yang rapat dengan kita”balas amirul yang sangat setuju dengan jawapan syafiq.mereka mendiamkan diri setelah bilal mengumandangkan azan subuh.”nampaknya imam saiful tak dating ustaz”kata bilal sebaik saja syafiq selesai berdoa setelah selesai solat sunat sebelum subuh.”tak apa lah kamu iqamah lah”jawab syafiq.pagi itu syafiq menjadi imam kerana ketidak dapat hadir ustaz saiful,imam yang sepatutnya bertugas pada pagi itu.”jika kamu merasakan tidak melakukan dosa maka takutlah olehmu dosa riak”syafiq memulakan kuliah subuh pagi itu setelah ustaz yang sepatutnya mengajar pagi itu tak dapat datang.”maksud hadis ni adalah jika kita tak sedar dosa yang kita lakukan maka akan lahir sifat riak dalam diri kita sebab kita merasakan kita lebih hebat dari orang lain kerana tak melakukan dosa,sabda nabi”setiap anak adam itu berdosa”.hebatnya kamu sekarang ilmu agama pun tinggi nanti boleh lah share dengan aku,amirul memuji syafiq yang merasa kagum dengan ilmu yang ada pada syafiq.”insyAllah,tp aku bukan lah tinggi sangat ilmu aku akan ajar yang aku tahu dan faham,ilmu Allah ni luas sangat seandainya air laut menjadi dakwah kita untuk menulis ilmu Allah nescaya tak akan cukup walaupun ditambah lagi air laut tu dengan 2x ganda”jawab syafiq yang sedar ilmu nya bukan lah tinggi sangat.tak apa lah aku balik dulu,amirul meminta izin.syafiq faham dia mengelak dari berjumpa dengan farah lagi,amirul pasti sedih bila melihat wanita yang dicintanya bersama lelaki lain.dia pun kalau boleh tak mahu mereka bertemu .”kamu pergi mana pagi-pagi lagi dah hilang”tegur pak kasim,ayah mentua syafiq.”saya ke masjid buat”ringkas syafiq menjawab.”kalau macam tu mari lah makan dulu tentu kamu berdua lapar kan,kami pun belum makan lagi ni”mak esah,ibu mentua syafiq menjemput mereka untuk makan.
Setelah seminggu bergelar pengantin baru syafiq terpaksa ditukarkan ke sebuah masjid di kawasan pedalaman kerana kematian imam yang bertugas di masjid itu sementara pihak jabatan agama mencari penganti yang baru.pagi itu setelah sarapan syafiq bertolak seorang diri kerana isterinya tidak dapat mengikutnya disebabkan bekerja disebuah syarikat swasta.ingin saja farah berhenti kerja kerana baginya tempat isteri adalah bersama suaminya walaupun syafiq bukan lelaki yang dicintainya tapi menjadi kewajipan sebagai isteri mengikut suaminya dan dia juga berusaha untuk mencintai suaminya itu.”tak payahlah awak ikut,sayang kalau awak berhenti kerja,elok awak terus bekerja lagipun bukannya lama sangat saya pergi,bila dah dapat penganti saya kembali bertugas di sini”kata syafiq yang menghalang keinginan isterinya untuk mengikutnya,dia sememangnya tak mahu isterinya itu ikut kerana mahu tenangkan diri dan mahu mencari petunjuk Ilahi sama ada meneruskan perkahwinan ini atau tak,sudah seminggu dia dapat bertahan dari tidur bersama isterinya itu,di bimbang juga kalau-kalau isterinya ikut dia tak mampu bertahan lagi.mendengar luahan suaminya membuat farah bertambah hairan,suaminya itu seolah-olah mahu menjauhkan diri darinya sedangkan dia cuba menjadi isteri yang taat pada suaminya tambahan pula suaminya tak pernah menyentuhnya.”untuk apa dia mengahwini aku kalau dia tak mahu menyentuh aku”farah merintih dalam hatinya.sebaik tiba di kampong pedalaman yang terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Bandar negeri itu,syafiq terus menuju ke masjid yang menjadi tempatnya bertugas.kelihatan beberapa orang sedang menunggu kedatangan syafiq,salah seorang daripadanya syafiq merasakan pernah melihat pak cik itu tapi dia lupa dekat mana.dia cuba mengingatnya tapi tak dapat jadi dia abaikan saja pemikiran itu.sebaik keluar dari kereta syafiq member salam.mereka menjawab salam dan memperkenalkan dirinya yang terdiri dari bilal wan dan beberapa orang ajk masjid.
Syafiq jadi teringat kepada wanita yang dicintainya dulu kerana dia kini berada di kampong syafiqah Cuma dia tidak tahu di mana terletaknya rumah syafiqah maklum lah mereka hanya kenal dan berhubung melalui laman web social beberapa tahun dahulu.”syafiqah ke mana kau sekarang?sihat ke kau?masihkah kau ingat aku?”syafiq tertanya-tanya pada dirinya.kedengaran bilal sedang mengaji di masjid menyebabkan syafiq tersedar dari lamunannya itu.dia bergegas ke bilik air bagi menyiapkan diri untuk mengimankan solat asar kerana sebentar lagi masuk waktu.masjid yang terletak tidak jauh dari rumah yang disediakan oleh pihak masjid memudahkan syafiq pergi ke masjid hanya berjalan kaki.sebaik keluar dari rumah tak percaya bahawa dia terlihat kelibat syafiqah di rumah sebelahnya.syafiq mendiami rumah teres di kawasan perumahan itu.”memang sah ni adalah rumah dia”syafiq merintih dalam hatinya.syafiqah memberitahunya beberapa tahun dahulu yang rumah dia adalah di kawasan perumahan dan terletak tidak jauh dari masjid.syafiq mengambil keputusan untuk menaiki kereta menuju ke masjid dibimbang syafiqah melihatnya.sebaik selesai mengimankan solat asar .semua jemaah telah pulang sementara syafiq masih iktikad dalam masjid itu.dia kini lemah dengan ujian menimpanya,”tolong..tolong..tolong..”syafiq terdengar jeritan wanita meminta tolong dari dalam tandas.syafiq yang cemas ketika itu cepat-cepat berlari ke arah jeritan itu.sebaik memasuki ruang tandas syafiq tidak Nampak siapa-siapa..”takkk…”bunyi pintu tandas dikunci.”eh,kenapa kamu mengunci pintu bukan kah kamu yang meminta tolong”syafiq terkejut dengan kelakuan wanita itu.”memang lah saya minta tolong..saya minta tolong kamu dating ke mari”kata wanita itu yang cuba mengoda syafiq.syafiq kini tahu bahawa dia telah di perangkap oleh wanita itu.syafiq menguatkan imam yang dan menolak wanita itu,dia teringat janji Allah lelaki yang menolak wanita yang mengajak kea rah zina maka lelaki itu adalah ahli syurga.syafiq membaca ayat-ayat al-quran agar dia terhindar dari tipu daya syaitan dan godaan nafsunya.sekali lagi dia menolak wanita menyebabkan wanita itu menjerit meminta tolong.syafiq hanya berdiam kan dirinya jauh dari wanita itu.kedengaran di depan pintu beberapa orang sedang berusaha memecahkan pintu tandas.sebaik saja pintu terbuka wanita itu cepat-cepat melemparkan bajunya ke arah syafiq.
kini,syafiq berhadapan dengan ujian yang lagi besar,wanita itu mendakwa syafiq cuba untuk merogolnya.tanpa bertanya apa-apa orang itu terus memukul syafiq yang sudah jelas memegang baju wanita terbabit.syafiq tidak dapat melawan.kini,syafiq berada di penjara balai polis berkenaan dan bakal menghadapi tuduhan merogol.syafiq hanya mampu berdoa agar dia diberi kesabaran.dia tidak pasti siapa yang akan mempercayainya lagi.”aku mahu kamu ceraikan anak aku sekarang!!dasar munafik”kata pak kasim yang sangat marah setekah menerima berita itu dari pihak polis.dia juga telah dilucutkan jawatan imam.”YA ALLAH,kuatkan lah hati hambaMU ini.ku yakin apa yang berlaku ada hikmahnya”syafiq berdoa.dan dia bersetuju untuk menceraikan farah.tapi farah seolah-olah tak mahu disebabkan kuasa talak ada ditangan suaminya dia terpaksa akur.baginya tak adil dia meninggalkan suaminya di saat tiada orang yang mempercayainya.farah yakin bahawa syafiq tak bersalah kerana sudah seminggu mereka berada dalam 1 bilik tapi syafiq tak pernah menyentuhnya sedangkan dia adalah isterinya sah.Tapi kepada siapa dia harus memberitahu perkara ini.tiba-tiba dia teringat sahabat baik syafiq yang juga lelaki yang dicintainya iaitu amirul dia yakin amirul pasti kenal siapa syafiq dan percaya dengan kata-katanya.
“assalamualaikum..syafiq terkejut melihat yang memberi salam itu adalah syafiqah bersama-sama seorang ajk masjid.sebaik syafiq menjawab salam.syafiqah memberitahu bahawa lelaki itu adalah ayahnya..”patutlah aku macam pernah lihat rupanya dia adalah ayah syafiqah,dilihatnya didalam gambar yang dikirim syafiqah beberapa tahun dahulu.”saya yakin awak tak bersalah dan saya telah jelaskan kepada ayah saya siapa awak sebenarnya,awak tak mungin melakukan perkara keji tu,saya kenal sangat awak”syafiqah memulakan perbualan untuk menguatkan hati syafiq.mendengar kata-kata itu benar-benar membuat syafiq sedikit lega.”saya perlukan keterangan dari awak kerana saya akan jadi peguam bela awak”jelas syafiqah.”hmm..baiklah saya akan menceritakan kejadian sebenar dan terima kasih atas kepercayaan awak kat saya”jawab syafiq dengan nada yang lemah.”awak kan imam muda saya mana mungkin saya tak percaya orang yang hebat imannya macam awak lagipun saya masih pegang kata-kata awak dulu yakni awak tak akan menyentuh wanita bukan mahram awak kerana ingin menjaga kesucian awak dan wanita itu”kata syafiqah yang cuba memberi semangat kepada syafiq tanpa menyedari dia terlepas cakap.”imam muda aku??”syafiqah tertanya pada dirinya kenapa dia bercakap sedemikian adakah dia suka kan syafiq,ah!tak mungkin lah aku kan tak kan ada apa-apa perasaan istimewa terhadap lelaki selagi lelaki itu belum bergelar suaminya,syafiqah cuba menjawab soalan itu walaupun dia sendiri tak pasti apa perasaannya terhadap syafiq.mendengar perkataan dari syafiqah itu membuat syafiq terkejut.”terima kasih sekali lagi kerana memberi saya semangat ketika semua orang tak nak mempercayai saya”kata syafiq yang cuba menenangkan dirinya selepas mendengar perkataan yang mungkin ada makna yang tersirat.”tidak..kamu tidak bersendirian kami ada bersama-sama dan yang penting Allah ada bersama kamu kerana kamu ada di pihak yang benar ingatlah oleh peristiwa yang berlaku terhadap nabi yusuf hampir serupa dengan apa yang menimpamu wahai sahabatku..bersabar terhadap ujian Allah “janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi derajatnya,jika kamu orang-orang yang beriman”surah ali-imran ayat 139”begitu kuat sekali suara amirul cuba menguatkan hati sahabatnya itu yang sedang lemah.amirul datang bertiga bersama dengan farah dan pak harun.farah menyatakan dia ingin menjadi saksi di pembicaraan itu nanti.”kalau macam tu kita balik dulu lah syafiqah”ayah syafiqah mula bersuara setelah agak lama berdiam.syafiq berasa sangat bersyukur kerana ada orang yang mempercayainya.kini,dia menjadi semangat untuk membuktikan bahawa dia tak bersalah.
Setelah mendengar pengakuan dari pendakwa dan beberapa orang saksi mahkamah mendapati bahawa tertuduh bebas dari tuduhan merogol,keputusan di buat oleh hakim telah melegakan hati syafiq.dia Berjaya membuktikan kepada orang bahawa dirinya tak bersalah.”akhirnya mengaku juga kau perempuan”syafiq berseloroh di dalam hatinya tapi dia berasa kasihan terhadap nasib wanita itu dah lah hamil luar nikah lepas tu ditinggalkan oleh lelaki yang telah menghamilkannya…patutlah wanita tu cuba mengoda dia agar dapat memerangkap syafiq untuk bertanggungjawab terhadap kehamilannya.
Kini,syafiq berasa lega kerana masalahnya sudah selesai tak lama lagi farah akan berkahwin dengan lelaki yang dicintainya setelah menjelaskan segalanya yang berlaku termaksud kenapa syafiq ingin berkahwin dengannya tapi tak pernah menyentuhinya.dia berasa gembira sangat akhirnya dapt melihat sahabatnya bahagia bersama insan tercinta.kenyataan farah yang menyatakan bahawa sepanjang berkahwin dengan syafiq,syafiq tidak pernah menyentuhnya benar-benar mengejutkan ramai pihak terutama ayahnya sendiri pak kasim dan dengan kenyataan itu juga lah dapat menyelamatkan tuduhan yang dikenakan terhadap syafiq.tak lama lagi amirul bakal melangsungkan perkahwinan dengan farah.syafiq pula dipanggil semula untuk bertugas sebagai imam setelah Berjaya membersihkan namanya dan dia telah menjadi ustaz yang “glamour” di negeri itu,kepetahannya dalam berbicara serta ilmu yang dimilki menarik ramai pendengar untuk mengikuti program-program ilmu yang disampaikan oleh syafiq.pagi itu syafiq menuju laju ke kampong pedalaman itu bagi meneruskan tugas,baginya tugas dalam agama mesti diteruskan walau apa pun yang terjadi,sejarah lama tak kan sesekali melemahkan dia untuk meneruskan tugas yang suci itu.sebaik menunaikan solat zohor berjemaah,syafiq berkunjung ke rumah syafiqah untuk menyatakan perasaan terima kasih dan menghulurkan wang sebagai membayar syafiqah yang menjadi peguam belanya.setelah mendapat izin dari ayah syafiqah setelah solat tadi syafiq menelefon syafiqah supaya bersiap kerana dia ingin menjemput syafiqah.”nampaknya saya sudah jumpa calon isteri saya ni”kata syafiq sambil tergelak nakal setelah melihat kecantikan syafiqah yang berjubah “pink” serta berjilbab.dia teringat kata-katanya kepada syafiqah bahawa kalau dia mengahwini syafiqah dia nak lihat syafiqah sentiasa berjubah dan berjilbab apabila keluar rumah.”dirinya tertanya-tanya apakah syafiqah cuba memikatnya kembali”syafiq berkata sambil tersenyum seorang diri.”oh,yeke..baguslah macam tu si bunga pun sedang menunggu dipetik”kata syafiqah ringkas tapi penuh bermakna.”ah,nampaknya adik akan dapat abang imam muda yea kak??suka..suka..”tiba-tiba asyraf bersuara adik kepada syafiqah yang memang dikenali oleh syafiq.”adik kita pergi makan ayam kfc nak??”syafiq cuba mengubah topic perbualan,dia memang tahu makanan kegemaran asyraf adalah ayam goreng sama seperti syafiq.hidangan “chicken rice combo” sememangnya menjadi makanan utamanya setia kali berkunjung ke kfc.”nah..ni sebagai bayaran kerana telah menjadi peguam bela untuk saya tempoh hari,walaupun tak seberapa tapi tu je yang saya mampu”kata syafiq sambil menghulurkan sampul surat yang berjumlah rm2000 sebaik selesai mereka.”eh,tak perlu saya ikhlas untuk awk dan untuk awk juga saya sanggup tanpa berhidmat secara percuma,simpan je untuk awk memetik bunga nanti ea..baru cepat bunga dipetik”balas syafiqah dengan maksud yang tersirat agar tidak difahami oleh adiknya sambil menghulurkan senyuman.”ha…abang bagi kakak surat cinta ea…bagi tahu kat abah..hehe..”kata asyraf yang mencuri dengar perbualan mereka.”eh,cukup ke nak penting bunga sebanyak ni??..jangan bagi tahu nanti abang belanja ayam goreng lagi ea”syafiq bertanya kepada syafiqah dan cuba menbodek asyraf.”la..berapa tu tak penting yang penting keikhlasan,bagi sekadar yang mampu je..lagipun nanti bunga boleh cepat dipetik”sekali lagi syafiqah menjawab dengan menggunakan ayat tersirat.”kak,apa hukum rasuah ea..agaknya abang imam muda tak tahu ni..hehe”asyraf cuba nak mengenakan syafiq.syafiq terdiam tak terkata.dia telah kalah bermain kata dengan budak sekecil asyraf yang memiliki kepandaian yang lain dari kanak-kanak seusianya.
“tahniah...akhirnya dapat juga kamu berkahwin dengan wanita yang dicintaimu.sama seperti aku”kata amirul sambil menunjukkan isterinya farah..”terima kasih..alhamdulillah semua ujian yang menimpa aku selama ni ada hikmahnya, ni lah yang dikatakan ‘sememangnya dia jodohku’ yang penting kita kena sabar kan setiap ujian,aku juga nak minta maaf selama ni aku banyak bersalah kepada kamu”kata syafiq yang menjadi pengantin baru untuk kali kedua tapi kali ni dengan hati yang ikhlas.”awak,nak makan ke?kalau nak saya nak hidangkan nanti”syafiqah bertanya kepada suaminya itu yang baru pulang dari masjid.memang menjadi tabiat syafiq walau apa pun dia akan tetap pergi ke masjid,kalu sehari tak ke masjid menjadikan dia begitu tak tenang.mungkin ni lah yang dikatakan kemanisan iman.”boleh juga..abang pun dah lapar ni” kata syafiq yang cuba membahasakan dirinya abang.”awak,sebenarnya kan saya dah lama cintakan awak..tapi awak tahu kan saya ada prinsip saya tak nak bercinta selagi belum kahwin.setiap hari saya berdoa agar awak lah yang akan jadi suami saya.alhamdulillah akhirnya makbul juga doa saya”syafiqah meluahkan perasaannya setelah bertahun-tahun menyimpan.”tu lah sayang..mungin apa yang berlaku ke atas diri kita ada hikmahnya dan sekarang hikmahnya adalah kita menjadi suami isteri yang sah ‘maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan’jadi lah kita sebagai hamba yang bersyukur dengan nikmatnya dan bersabar dengan ujianNya”syafiq menjelaskan kepada isterinya itu yang sedang berbaring disisinya .mereka benar-benar keletihan melayan tetamu yang datang diluar jangkaan mereka.”sayang..perjuangan kita baru je nak bermula,apa-apa yang menimpa kita sama ada ujian besar mahupun kecil hendaklah bersabar ye sayang.Allah sesekali tak akan menguji hambaNya melainkan hambaNya itu mampu menghadapinya,semakin kuat iman kita semakin besar ujian kita,janganlah kamu menyangka kamu telah beriman sebelum kamu di uji”syafiq mengingatkan dirinya dan juga isterinya itu.sekarang syafiq bersyukur sangat-sangat akhirnya segala impian tercapai,impian menjadi ustaz dan impian mengahwini gadis yang menjadi wanita idamannya itu.bermula dari itu lah mereka hidup sebagai suami isteri yang taat kepada Allah dan hanya mengharapkan keredaanNya.syafiq pula mengambil keputusan untuk menjadi imam tetap masjid kampong kelahiran isterinya yang tercinta.
……..sekian…….